KEGUNAAN DAN MANFAAT ARGANNE FACE OIL D'FRESHPICKS
Hari ni che kak nak review salah satu produk DFreshpicks. Produk wajib kena ada dalam list skincare che kak. Arganne face oil. Face oil ni banyak membantu merawat wajah che kak tahun lepas. Wajah che kak tumbuh jerawat yang banyak selepas tersalah pakai produk timbang kilo.
Walaupun arganne face oil ni produk skincare, tapi banyak juga kegunaannya. Selain sapu kat wajah, che kak suka jadikan minyak rambut. Alaaa 3 4 titik pun dah cukup bergantung pada ketebalan rambut masing-masing. Tapi takde la habis satu botol untuk sekali pakai.
Nama je minyak argan, tapi ianya tidak berminyak. Wajah yang berjerawat pun boleh pakai. Jadikan ianya sebagai pelembap. Walaupun apa jua jenis kulit kita termasuk kulit berminyak, kita tetap kena pakai pelembap juga. Kita kena tahu pelembap apa yang sesuai untuk wajah kita. Untuk wajah, pakai 1, 2 titik minyak argan ni pun dah cukup.
Minyak ni ada dalam size 15ml. Jimat juga pakai ni.
Ramuan utama adalah 100% Organik Argan oil. Tambah pure jojoba oil, Apricot Kernel oil, Rosehip seed oil dan high gred Essential oil .
Antara khasiat FACE OIL ialah:
- repair kulit bermasalah seperti jerawat, parut, dll
- bantu lembapkan kulit,
- membantu kurangkan kedut wajah,
- mencerahkan kulit,
- tona kulit lebih sekata,
- kulit lebih anjal.
Cara Pakai :
1. Untuk Pelembap:
Gunakan setelah mencuci muka dan menggunakan toner. Titikkan 1-2 titik di tapak tangan. Gosok perlahan dan sapukan di seluruh muka sambil mengurut wajah sehingga rasa berminyak hilang.
2. Untuk Pencuci Muka :
Basahkan muka. Sapukan 2-5 titik di tapak tangan anda. Gosok perlahan dan sapukan pula diwajah. Gosok dan urut seluruh muka (akan turut menanggalkan make-up). Ambil tuala kecil yg sudah dibasahkan dengan air panas (bukan mendidih), perah sehingga tidak menitik dan tekapkan diwajah untuk wapkan muka. Setelah tuala terasa suam, lapkan seluruh muka menggunakan penghujung tuala.
3. Untuk Blend Foundation, BB, CC, dan DD Cream
Titikkan 1-2 titik dan blend sekali dengan krim pilihan anda untuk muka yg tampak lebih flawless dan radiant.
0 Comments