BAGAIMANA CARA UNTUK MEMULAKAN BISNES FOREVER
"Kak, camner nak bisnes? Saya tak pandai, segan pulak tu. Modal pun takde"
Meh che kak nak habaq. Che kak pun tak pandai juga. Malu wei nak bisnes offline. Segan tahap gaban. Che kak pun takde modal besar juga. 🙈
Tapiiii... Che kak cuba juga runtuhkan tembok halangan untuk bisnes. How? 🧱
Bermula dengan jatuh ❤️ pada produk forever seperti ubat gigi, sabun avocado, aloe lips dan deodorant. Ye bermula dengan jatuh hati lahirnya sebuah cinta.😍 Sebabnya selalu je dapat free gift dari #mamicery masa beli susu kambing mikkae.🥛🐐.
Che kak daftar ahli RM90 pada Mac 2020. Rugi pulak la lambat join sebab forever duk lalu lalang kat fb che kak sejak Oktober 2019.
Dulu daftar dapat free AVG sebotol. Tapi bermula Jun 2020, daftar RM90 akan dapat balik duit dalam bentuk e-vaucer RM90. 00. (RM50, RM20, RM20). 💴 Beli barang dan boleh tebus dengan e- vaucer tu la.
Lepas tu, che kak join grup #familymagika. Team besar mami cery. Asyik terbakor je dengan mami anak cucu cicit mami 👩👩👧👦. Pakat duk share betapa bestnye mereka guna dan jual produk. Semangat lain macam.
Masing2 halalkan gambar2, testimoni dan pakat sama2 kopipaste. Engkau kopi aku, aku paste engkau. 😂😂
Sebab tu penting kena pilih team yang benar2 jaga team. ⚽
Pelik betul, time #PKP, diorang punye sale mencanak2 naik. Eh camner diorang boleh jual juga. 🤔
Forever ni kan produk head to toe. Personal care, supplement, kecantikan. Produk berasaskan aloe vera, madu, delima . Sebab tu permintaan tetap tinggi walaupun berkurung dalam rumah. 🏠.
Berbalik kepada che kak. Che kak suka share kat fesbuk, page, blog, IG. Tak sangka pula dapat order. Product speak itself. Kumpul2 order. Che kak klik order kat web dan HQ yang akan poskan.
Sedar tak sedar, dalam masa 2 bulan, che kak punyer sale / pembelian dah berjumlah RM15XX. Eh eh naik rank VIP laaaa. 🤭 Sejarah wei merasa naik rank. Mudahnya la hai naik rank. Che kak tak terfikir pulak semudah itu.
Syukur sangat2 walaupun sale hanya RM15XX lebih je.
Kiranya sale bulan pertama tak burn macam tu je. Kalau kita punye pembelian RM1520 dalam masa satu hari pun kita dah boleh naik rank.
Untungnya naik rank, untung runcit lagi besar. Woww💃💃
Apabila asyik dapat order, che kak beli produk wat stok. Senang kalau kastemer nak, dah boleh cod dan selfpickup selalu.
Masa dapat duit yang Abah PM bagi kat penjawat awam RM500, che beli barang2 wat stok. Wow sekejap je boleh rolling modal. Barang tak sempat berabuk pun.
Dulu che kak order melalui pos. Sekarang beli kat branch je sebab nak dapat feeling.😜 Nasib baik hari Jumaat branch buka. So, dapat la che kak g setiap minggu.
Che kak keje opis hour dan terikat dengan tugas2 hakiki. Alhamdulillah, sangat mudah che kak nak bisnes forever tanpa ganggu keje hakiki.
Modal yang paling utama dan penting ialah 'kosongkan gelas kita' . Biar la ianya tercorak dan terisi air yang korang sendiri suka. Pandai la korang nak bancuh air apa berdasarkan resepi2 #familymagika. 🥛☕🍼
0 Comments