Sup ayam serai ni memang kesukaan anak2. 

Che kak pun suka sebab simple je menu tetapi berkhasiat. 🐔

Meh che kak share resepi campak2 je. Sukatan memang che kak tak pandai. Main agak2 je la ye. 😂😂

Rebus ayam bersama halia, serai,kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang. 

Halia dan serai diketuk manja aje.

Rebus hingga masak..



Masukkan garam, gula, kiub pati ayam secukup rasa. 

Kemudian toskan ayam dan perap bersama kicap manis, sos tiram dan lada sulah selama setengah jam.

Tapi che kak tambah juga madu dan serbuk rempah. Kalau takde pun takpe. 




Goreng sekadar utk menggelapkan warna ayam sahaja. Sebab ayam dah masak masa rebus tadi. 


Air rebusan  jadikan sup kosong. Yummyyy. 

Kalau tak nak goreng ayam pun takpe. Kalau nak makan ayam sup macam tu je pun takpe. 

#diarichekakhasliza

0 Comments