TERINSPIRASI TENGOK MOVIE EDIE
Tak rancang pun nak tengok tv. Tapi line internet slow, so layan astro je la.
Duk tengah tekan remote sebab tak tau nak tengok citer apa, tertarik la pulak tengok wanita warga emas ni duk tengah berjalan macam merantau je.
Che kak memang tak minat drama melayu projek juta2, anak orang kaya kawen orang miskin. Baik layan Rambo. π
So, berangan juga la nak merantau keliling dunia lepas bersara. Kena simpan duit banyak2 la ye. π
Wanita warga emas tu, Edie namanya 83 tahun. Impian nak daki gunung kat Scotland.
Why? Sebab impian mendiang ayahnya nak daki gunung dengan dia.
Terinspirasi citer #Edie ni.
Tapi takde la che kak nak daki gunung sebab nak panjat tangga lipat cuci kipas pun gayat giler tahap gabanπ π€£
Edie tak kesampaian nak daki bersama ayahnya sebab jaga suaminya sakit 30 tahun lamanya.
Suami dan ayahnya dah meninggal. Impian tetap impian.
Secara logiknya adalah mustahil untuk seorang wanita 83 tahun nak daki gunung.
Kita yang muda tang tang ni pun sakit lutut nak naik tangga. Nasib baik sekarang ni jumpa msm gel.
Semangat. Yes semangat. Tapi semangat saje masih belum cukup kuat untuk capai matlamat.
Semangat ni kadang2 boleh hilang. Semangat terkulai di tasik daun teratai.
Untuk apa Edie nak daki gunung? Cari nahas je kan. Tapi itulah impian dia walaupun dia sendiri hampir putus asa dan tak yakin dengan kemampuannya.
First, tetapkan matlamat dan impian. Big why uols nak daki gunung whatever.
Edie jumpa seseorang yang tak tersengaja jadi kawan baik dan mentornya. Sentiasa support Edie. Masih muda baya cucu atau cicit kot.
Sentiasa bagi moral support dan ajar juga cara2 nak berkhemah, berdayung, tingkatkan stamina dan sediakan peralatan yang sesuai untuk mendaki.
Macam tu la juga kita. Cari mentor yang boleh tunjuk ajar, bagi sokongan dan tegur kesilapan kita.
Kita pula kena dengar nasihat mentor walaupun muda dari kita. Kenapa kena dengar dan follow je tunjuk ajar mentor? Sebab mentor ada ilmu dan pengalaman dalam bidangnya.
Pasti ada orang pandang rendah pada Edie. Tapi Edie, tetap go on. Why? Sebab itu impian dan matlamat dia. So, kita kena hati kering kalau nak berjaya.
Macam che kak. Kalau che kak lemah semangat dan down masa orang kutuk madu forever che kak, agaknya apa akan jadi.
Tapi orang tetap wasap nak madu forever sampai asyik OOS je. Product speak itself.
Kalau bukan che kak menjual, orang lain tetap rebut peluang menjual. So, che kak gigit jari je la. π¬
Eh terpromote pulak. π Iklan jap. Astro pun banyak iklan walaupun kita bayar bil. Inikan pula medsoc free.
Berbalik pada kisah Edie.
Dugaan dan cabaran tetap ada. Dayungnya terjatuh. So, dia relax dan bertenang. Dia tak panik nak terjun sungai semata2 nak ambik dayung yang dah hanyut jauh darinya.
Apa dia buat. Tido je dalam perahu. Eh sampai juga ke tebing akhirnya.
Macam tu juga la kot kalau ada kastemer cancel order. Tak yah layan dan perli2 kat medsoc.
Next, rehat la dulu. Pasang khemah. Pada awalnya Edie ada khemah lama. Susah juga nak pasang khemah lama. Tapi mentor dia bagi khemah baru dan mudah dipasang dan disimpan balik.
Teringat khemah banjir JKM. Tu salah satu inovasi untuk mangsa banjir kat pusat pemindahan sementara.
Dulu takde nya nak tido dalam khemah. Laki puang selamba je tido macam ikan goreng dalam pinggan.
Tu diooo walaupun duk dalam khemah, Edie tetap membaca. Kita?? Suka baca gosip retis je. Artis mengandung bape bulan pun nak tau. π
Semasa perjalanan diteruskan, hujan dan ribut wei. Khemah melayang ikut arus ribut.
Memang tawakkal giler la masa tu dan tetap teruskan perjalanan cari port selamat.
Rezeki Edie terjumpa bangsal seorang pemburu. Nampak bengis tapi rupanya baik. Tak buat jahat dan aniaya pada Edie dah satu rahmat. Eh siap bagi breakfast lagi tau.
Kawan baiknya tetap risau sebab hujan ribut tu. So, dia keluar mencari Edie. Risau la wei wanita 83 tahun duk atas gunung sorang2 tengah ribut.
Kita? Mak duk sorang2 kat rumah ada tak kita risau dan gi jenguk dia? Tapi zaman Covid-19 ni tak yah la berpusu2 balik kampung kalau bergejala. Tambah beban pulak.
Berbalik pada Edie, dia lepaskan beg galas yang menjadi bebannya. Sikit je lagi nak sampai ke puncak gunung.
Maksudnya kalau ada sesuatu yang membebankan kita untuk capai impian, lepaskan. Contohnya hutang. Jangan berhutang. Guna sahaja peluang dan sumber yang ada.
Che kak try isi i-lestari eh dapat la RM249. Che kak gunakan untuk beli produk. Jual balik. Dapat untung runcit RM87.
So, sabar, kuat semangat dan follow jalan yang ada. Follow je mentor yang dah tau liku2 jalan, sungai, gunung.
Slowly daki tapi sampai juga ke puncak gunung.
Terima kasih sebab sudi baca bebelan che kak sampai noktah terakhir.π
#chekakforever
#Edie
0 Comments