Nak nege ni, sape-sape pun ada impian nak kaya jutawan macam Abdul Rahman Auf.


Tapi kita tahu ke sejarah biz beliau?


Walaupun beliau seorang kaya raya, tapi masa berhijrah ke Madinah, beliau zero. Harta semua tinggal. 


Saudara di Madinah nak bagi harta tapi beliau tolak.


Beliau suruh tunjuk kat mana jalan nak gi pasar?


Kat pasar, beliau jual dadih. Dapat untung, beliau kembangkan lagi biz.


Lepas tu biz beliau sangat berkembang, sekarang ni orang ni sebut biz global.Panjang la citernye. 


Kat sini, che kak nak bagitau, walaupun kita zero modal, tak de harta sebagai sandaran, tapi boleh mulakan biz. 


Contoh juai jadi drop ship dulu.


Jangan nampak biz ni kena modal besar  juta-juta. Sembang drama boleh ler.


Mulakan apa yang ada dulu.


Jangan berhutang semata-mata nak biz.  Kalau rasa mampu bayar hutang, ok je. Tapi kalau tak nampak jalan nak bayar hutang, baik jangan.


Sekarang ni macam-macam biz online boleh buat. 


Juai poduk orang dulu. Cuba juai satu, lepas tu up 5, lepas tu up le berapa yang rasa mampu juai.


Banyak biz yang tawarkan zero modal, tak pegang stok, ada mentor boleh guide kita. 


Buat la biz yang kita rasa serasi. Kalau pandai masak, gunakan kemahiran masak untuk tambah inkam. Kalau tak de kemahiran , boleh juai poduk orang. 


Nak tak nak je usaha. Duk mengeluh takde keje je tak selesai masalah juga. Sekurang-kurannya usaha dulu.


Che kak rasa orang lebih suka bantu kita dengan support biz kita daripada kita takde wat apa-apa tapi asyik nak berhutang je. 


Sekali dua boleh la orang tolong. Tapi asyik minta tolong orang, lama-lama pun orang jadi meluat.


Lepas tu kalau orang tak tolong, pandai pulak wat status kata orang tak pandang dan tak nak tolong kita sebab kita orang susah la. Orang menjauhkan diri la. Walhal kita sendiri. Sendiri pikir la kan. 


Berbalik pada usaha kita buat biz, tapi takde kastemer, tampar pipi kita. Berapa dah usaha kita sharing, pomote jualan kita? Kita bukan artis sekali buka mulut pomote berderu orang beli.


So, kita kena usaha lebih la. Lagipun sekarang ni biz bukan lagi ketuk pintu rumah ke rumah. Duk golek-golek tunggu nasi masak pun boleh je sharing poduk.


Kalau dah usaha macam Mr Bean nak menang dalam pertandingan buah tembikai,  baru la berserah pada Allah. 


Nak nege ni jangan cipta banyak alasan. Itu susah ini susah itu tak boleh ini tak boleh. 


Kalau orang berjaya jana inkam, engko terkebil-kebil dan mulalah rasa down la, rasa jeles la. Sedangkan orang berjaya sebab dia usaha lebih dan positifkan diri.


Che kak pun bermula dari zero modal. Seronok pulak juai-juai aloe botol kuning, madu, pati delima, deodorant, ubat gigi, sabun dan barang keperluan harian.


Jom sape nak try buat biz dengan che kak sangat dialu-alukan.



#chekakforever


0 Comments