Ya Allah, rasa nak menangis apabila buka pintu bilik pagi tadi. Ternampak bungkusan Pos Laju  pastinya petugas kaunter petang semalam yang letak atas meja che kak ini. 


Impian sejak dulu lagi nak tulis buku akhirnya tercapai walaupun hanya untuk simpanan peribadi.



Syukur Ya Allah kerana memberi ilham untuk menulis kisah ini.


Terima kasih suamiku kerana beliau sangat memahami dan sudi tumpangkan lengan untuk rasa tenang diri. 


Beliau sabar dengan che kak sewaktu 'wajah che kak bercahaya' dalam bilik gelap walaupun beliau berada di sisi. 


Che kak menulis secara spontan sahaja dan hanya menulis guna handphone dan disimpan dalam mynote sendiri.


Allahu rabbi... Tak dapat nak gambarkan perasaan che kak buat masa ini. Biarlah orang royak syok sendiri.


Tajuknya Secebis....Itu bermaksud tidak semua kisah che kak tertulis dalam buku ini. Ada cerita yang che kak simpan rapi dalam hati.


Langkah pertama bagaikan bayi yang baru dapat kaki. Seronoknya tak terperi. 


Hasil carian google terjumpa Bookhero dan che kak pm tepi. Alhamdulillah dengan tawakkal pada Allah che kak serahkan amanah pada kedai ini.



Maka terhasillah buku ini pada hari ini secara rasmi.


Sebelum itu, che kak ada pm seseorang yang che kak kenal namun dipandang sepi.


Agaknya che kak bukan artis sebab tu tak dilayan dengan jawapan yang pasti. 


Terima kasih Bookhero kerana berjaya tunaikan impian che kak ini.


😭😭😭😭😭

0 Comments